Salam
hormat dan sejahtera kepada semua pengunjung yang kami hormati. Anda
adalah pengunjung yang unggul (Excellence). Terima kasih untuk
sokongan, kerjasama dan pengorbanan anda menjayakan rangkaian ini.
Kami sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan anda. Sebuah
ikatan kemesraan terjalin di antara kita, sekalipun tidak pernah
bertemu.
Hari
demi hari, negara kita semakin maju ke hadapan dalam dunia IT.
Kemajuan ini sangat membanggakan kepada kita rakyat Malaysia. Dunia
luar mula memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat
membangun. Kejayaan ini adalah hasil usaha anak-anak tempatan yang
berwawasan seperti anda.
Internet
Relay
Chat
atau dengan kata singkatan IRC
tidak asing lagi kepada kita. Ia merupakan sebuah talian komunakasi
yang canggih dan tak terbatas jangkauannya. Dimana sahaja dan bila
sahaja, kita boleh berintraksi dengan teman-teman kita dalam negara
mahupun luar negara. Banyak faedah yang kita boleh perolehi dari IRC
ini. Selain daripada berkenalan seperti kebiasaanya, kita juga dapat
menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain serta
memperolehi informasi-informasi terkini. Pendek kata, "Dunia
hanya sejauh hujung jari anda" Untuk inilah The Excellence Link
Network [ExLink] - Rangkaian Jaringan Keunggulan - ditubuhkan. Anda
dan saya mempunyai peranan yang sangat penting bagi merealisasikan
impian ini. Kita mengharapkan supaya The Excellence Link Network [ExLink]
- Rangkaian Jaringan Keunggulan - dapat memberikan perkhidmatan yang
unggul kepada para pengunjung, sama ada melalui IRC mahupun halaman
web.
Sekarang
ini, kita sedang giat berusaha untuk mempersiapkan halaman web, IRCd,
services IRCd, Script dan keperluan-keperluan yang lain. Ia akan
memakan masa yang panjang untuk menyediakan semua keperluan ini.
Akhir kata, "Bersatu kita teguh, berpecah kita roboh"
|